Sultan Ali Iskandar Shah

Sultan Ali Iskandar Shah
Sultan Johor ke-XVIV
Pemerintahan 1835 – 1855
Pendahulu Sultan Hussain Shah
Pengganti Tengku Alam Shah (Putera sulung Sultan Ali, merangkap pemangku)
Sultan Abu Bakar
Raja Muda Tengku Alam Shah
Pasangan 1. Tengku Ngah
2. Daing Siti
3. Cik Sembuk
Anakanda
1. Tengku Alam Shah
2. Tengku Mahmud
3. Tengku Abdullah
4. Tengku Mansur
5. Tengku Putih
6. Tengku Sulong
7. Tengku Sembuk
8. Tengku Cik Fatimah
9. Tengku Marima
10. Tengku Sharifah
Nama penuh
Ali Iskandar Muazzam Shah ibni Hussein Muazzam Shah
Tempat persemayaman Kesang (kini Daerah Tangkak)
Ayahanda Sultan Hussain Shah
Bonda Tengku Perbu
Keputeraan 1824
Kemangkatan 21 Jun 1877 (berumur 52–53)
Alai, Melaka, Malaysia
Dimakamkan Makam Masjid Umbai, Alai Melaka
Agama Islam
Sultan Ali Iskandar Shah
Sultan Muar-Johor-Lingga-Pahang & Singapura
Pemerintahan 1855 – 1877

Tengku Ali, anakanda Sultan Hussain Shah, diisytiharkan sebagai Sultan Johor ke-19,[1] pada 16 September 1840, dengan gelaran Sultan Ali Iskandar Shah ibni Hussain Muazzam Shah[2] untuk menggantikan ayahandanya, apabila Baginda mangkat pada 1835. Walau bagaimanapun, perlantikan baginda tidak diiktiraf oleh Inggeris (British).

Selama 20 tahun berikutnya, tuntutan Sultan Ali ke atas jawatan Sultan Johor hanya diiktiraf oleh pedagang dan beberapa orang Melayu. Seperti ayahdanya, Sultan Ali lebih merupakan pemerintah boneka dan memainkan peranan kecil di dalam pentadbiran negeri, yang terletak di bawah bidang kuasa Temenggung dan British. Baginda adalah seorang Sultan yang lemah dan dibayangi oleh Temenggungnya, Temenggung Daeng Ibrahim. Satu perisytiharaan oleh British pada bulan September 1840 memberikan baginda sebagai pewaris yang sah Sultan Hussain Shah, tetapi bukan pengiktirafan sebagai "Sultan Johor".[3]

Pada 10 Mac 1855, Sultan Ali memeterai sebuah perjanjian dengan pihak British di Singapura. Dalam perjanjian ini, Sultan Ali bersetuju melepaskan haknya terhadap Johor (kecuali Kesang) kepada Temenggung Daeng Ibrahim,[4] dengan balasan pengiktirafan rasmi sebagai "Sultan Johor" oleh British dan elaun bulanan. Selepas penyerahan Johor, Sultan Ali telah diberikan kuasa pentadbiran ke atas Muar sehinga kemangkatannya pada 1877, dan untuk tujuan pentadbiran, Baginda dikenali sebagai "Sultan Muar".[5]

  1. ^ Sejarah Kesultanan Negeri Johor, Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Kota Tinggi (Official Web Portal of Kota tinggi district), retrieved 12 March 2009
  2. ^ Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (1937), pg 93
  3. ^ Jayakumar, Public international law cases from Malaysia and Singapore, pg 270
  4. ^ The Numismatic Circular (1970), pg 47, 87
  5. ^ Burns, Wilkinson, Papers on Malay Subjects, pg 72 In the end they signed the treaty of AD 1855. They gave Tengku Ali the district of Muar to govern as Sultan of Muar; and they agreed to pay him and his...

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy